Monday, December 1, 2008

Seven years to seven figures

Saya baru sahaja selesai membaca buku ini oleh Masterson. Boleh didapati di MPH, Mahkota Parade. Lepas beli jangan lupa simpan resit untuk claim income tax ...ada RM1000 untuk pelepasan cukai kan?

http://www.michaelmasterson.net/7years_to_7figures.html

Saya boleh bagi 4 bintang untuk buku ini. Penyampaian jelas dan ia sarat dengan cerita kejayaan orang biasa di Amerika yang mampu menjadi jutawan dalam masa kurang daripada 7 tahun! Mekanisma perniagaan yang sangat ditonjolkan adalah copy-writing business and direct marketing business. Ia memberi panduan kepada pembaca mencari kekuatan dan kelemahan diri dan ada tips dan strategi kejayaan.

Contohnya , ada orang yang sesuai untuk buat retail business , internet marketing , wholesale , consultation kerana ....(kenalah baca buku ni eh?)

Semoga setiap orang yang belajar pidato nusantara di PULAPIPRO akan menempah tiket kejayaan , tidak kira atas takrifan apa jua jenis kegemilangan itu.

Seperti kata pantun sahabat (teringat saya kepada Us Rosli....)

"Cantik sungguh cik adik bergaya
Sekali pandang abang terpikat
Jumpa anda di puncak jaya
Jaya dunia jaya akhirat "

No comments:

Post a Comment