Monday, December 8, 2008

Organisasi dan perbedaan pendapat

Selamat hari raya haji.

Dalam sebuah organisasi , kita ada ramai pengikut dan ramai pejuangnya. Sebagai pemimpin agak sukar juga kita mengimbangi dan memilih pendapat yang bernas dan yang terbaik untuk organisasi kita terutama sekali idea yang diutarakan itu jauh berbeza daripada cara kita berfikir.

Seperti kata falsafah guru
"Bersatulah untuk memajukan organisasi, kerana organisasi yang maju adalah di kalangan ahli-ahli yang bersatu"

Seorang jaguh dan mentor dalam pengurusan Tom Peters ada menulis...
"Diversity is a winning strategy, and not for reasons of social justice: The more different perspectives around the table, the better the thinking "

Maksudnya , " Perluasan wilayah dan keterbukaan (saya tidak pasti erti terjemahan sebenar 'diversity') adalah strategi untuk menang, dan bukan hanya bertujuan untuk keadilan sosial .Lebih banyak perspektif berbeza dapat diperbincangkan , lebih baiklah buah fikiran kita "

Ia juga amat bererti jika ditakrifkan di alam rumahtangga.

Relatifnya , dalam rumahtangga , suami dan isteri selalu berbeda pendapat . Kekadang kalau pendapat kita tak diguna-dan-pakai kita merajuk. Tetapi sebenarnya perbedaan ini adalah strategi berharga dalam rumahtangga itu, cuma pemimpin mesti bijak mengatur strategi itu untuk kejayaan keluarga.

Rumit tetapi berbaloi dan modal terbesar adalah sabar...

No comments:

Post a Comment