Monday, December 1, 2008

Apabila kita tidak tahu apa sebenarnya potensi diri kita ....

Al-kisah pada suatu hari seorang wanita muda belayar ke benua Amerika menaiki bahtera tercanggih pada waktu itu . Jika anda pernah menonton filem Titanic , fenomena penghijrahan ke benua Amerika pada awal kurun ke 20 adalah adalah biasa untuk sesiapa yang ingin mengubah nasib kepada yang lebih baik.
Wanita muda ini sambil memegang tiketnya terus ke kabin dan terus memeriksa bekalan makanan dan minuman yang dibawanya . Bayangkan betapa beratnya bagasi wanita itu kerana jangkamasa pelayaran adalah lama . Dia bercadang untuk mencatu segala bekalannya itu dengan teliti untuk menjamin keselesaan pengembaraannya ke benua impian itu.

Pada malam terakhir pelayarannya, wanita itu berhasrat untuk makan malam di bankuet dengan menu yang mahal , lagipun bekalan makanan pun hampir habis.

"Tak apalah aku berhabis malam ini , esok aku akan sampai di Amerika ! " ujarnya dalam hati.

Lantas , selesai sahaja menjamu selera dan dengan perasaan megah dan gembira dia memanggil ketua pelayan dan meminta bil .

"Puan, tidakkah Puan tahu di kapal ini semua kos perjalanan sudah termasuk dalam harga tiket Puan. Makanan dan minuman semua percuma ! Puan boleh makan sebanyak mana selama mana Puan berada di kapal ini."

Wanita itu terlopong dan terpempan sambil berdiri merenung ketua pelayan ..

"Alangkah bagusnya jika saya tahu semua premis ini sebelum saya belayar...Ohh..." katanya dengan perasaan kesal.

Moral : Tanpa ilmu kita tidak mungkin akan tahu apa yang kita tidak tahu dan harga sebuah ilmu adalah tidak ternilai

Seperti kata falsafah " Apabila anda berjaya menguasai ilmu, maka anda berjaya menguasai dunia"

No comments:

Post a Comment